
Selepas 30 Tahun, Makin Ramai Tampil Saksi Objek Aneh Di Langit Pada Tahun 1992 Sekolah Agama Di Klang
TANGKAP layar laporan media berkenaan peristiwa pada Oktober 1992 itu. — Facebook/Salmah Melor
MENGIMBAU semula peristiwa pada Oktober 1992, sekumpulan 200 orang pelajar dan guru-guru dari sekolah agama di Klang, Selangor ketika itu mendakwa melihat 26 objek aneh di langit.
Antara objek yang muncul secara tiba-tiba di langit sekitar jam 11.30 malam hingga 3.00 pagi itu adalah imej berbentuk kala jengking, manusia berwajah khinzir, wajah perempuan, keranda, janin dan peta Malaysia dalam keadaan terbalik.
OBJEK-OBJEK yang didakwa dilihat oleh pelajar-pelajar dan para guru itu.
Namun demikian, Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) menafikan perkara itu dan mengatakan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama hasil daripada pendewaan terhadap sorang guru agama di sekolah berkenaan yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat.
Kini selepas hampir 30 tahun sejak peritiwa itu berlaku, warganet di laman media sosial kembali rancak membincangkan peristiwa itu, malah beberapa saksi lain turut tampil mendakwa kejadian itu adalah benar.
TANGKAP layar komen saksi di hantaran pengguna Facebook, Salmah Melor
“Kejadian 200 pelajar berhimpun ditempat perhimpunan lewat malam di tahun 1992 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Kg Jawa Klang. Bersaksikan langit yang merah seakan senja pekat objek-objek membentuk di langit. Astaghfirullah…dahsyatnya fitnah selepas itu. Kami pun tidak tahu pasal ajaran sulaiman. Ustaz, ustazah kami elok saja mengajar kami berpandukan buku-buku teks juga, kami tiada pun terlibat dengan ajaran sesat, tapi guru-guru kami disoal siasat dan kami disuruh mendiamkan diri. Allahuakbar…besar benar fitnahnya,” dakwa seorang saksi di Facebook, Iena Iena.
“Pertama kali nak komen di post. Selama ini jadi silent reader saja. Saya sekeluarga ada saksikan kejadian ini. Lupa umur berapa waktu itu tapi sudah sekolah rendah rasanya. Malam itu memang terang betul boleh nampak jelas macam-macam objek di langit. Puncanya tidak tahu apa, hologram ke apa memang tidak tahu. Tapi memang berlaku. Yang paling saya ingat rambut terbakar dan lidah kena potong,” dakwa satu lagi pengguna Facebook, Hani Hanaffi.
“Kami pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang pun diberi rezeki dari ALLAH, menyaksikan objek-objek ini. Subhanallah. Memori tidak akan pernah lupa, ” komen Nor Hayati Zainul Abidin.
“Langit berbentuk itu betul bukan rekaan. Kejadian berlaku di Sekolah Agama Tinggi Hishamudin Klang dan saksi utama kejadian adalah kakak aku sendiri, dia tingkatan tiga masa itu. tengah belajar lewat malam tiba-tiba dengar orang jerit-jerit cakap. Mereka semua keluar cepat, cuba tengok di langit. Masa itu memang ramai pun yang sudah tengok. ada yang terkesima, ada yang menangis, ada yang beristighfar, yang azan. Masing-masing menggeletar dan panik.
“Terkesima tengok benda macam itu di langit, secara langsung depan mata. Kalau tengok sendiri mesti orang tidak percaya dan cakap kau gila kan tapi ramai-ramai. Jadi pihak sekian-sekian kata itu ajaran sesat bagai memang fitnah. Kakak aku cerita memang jelas awan berbentuk dan bentukan awan itu macam penceritaan, ia berubah satu demi satu. MasyaALLAH untungnya mereka dapat tengok.
“Ada yang kaitkan pula dengan ajaran sesat. Itulah fitnah paling besar untuk mereka. Paling lawak, ada pula muncul buat kenyataan itu semua tembak pakai laser, projektor. Ya Rabbi. Itu belum lagi buka cerita pasal ada segelintir pelajar nampak air membeku ketika masa di bulan Ramadan, pasal dengar tumbuhan bertasbih, banyak kisah kakak aku cerita yang berlaku di Hisyamuddin zaman dulu,” kata pengguna Facebook, Dino Morissette.
Menjengah di ruangan komen lain, terdapat beberapa saksi juga yang mendakwa melihat kejadian pada Oktober 1992 itu.
TANGKAP layar komen saksi di hantaran pengguna TikTok, thenazfamily.
Majoriti sedang berusaha mendapatkan respons pakar berhubung perkara itu. — Majoriti
Sumber: Majoriti
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Leave a Reply