Hannah Delisha Tak Bimb4ng Soal Rezeki Selepas Bertudung, Saya Hanya Berserah Pada Allah S.W.T

Hannah Delisha Tak Bimb4ng Soal Rezeki Selepas Bertudung, Saya Hanya Berserah Pada Allah S.W.T

Siapa tak kenal pelakon Cantik manis Hannah Delisha

Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha, 24, menyatakan dia pernah terfikir soal rezeki selepas membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu.

Walaubagaimanapun, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata dia percaya dengan ketentuan Allah.

“Saya pernah terfikir adakah akan terganggu sesetengah kerja selepas membuat keputusan berhijab?

“Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah.

“Rezeki pun datang dari Allah. Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu ris4u.

“Yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang,” katanya kepada Gempak.

Hannah ditemui ketika majlis pelancaran Vida Vitamin C sekaligus memperkenalkan dirinya sebagai duta di Pavilion, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Dalam pada itu, pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka.

“Saya tak nak tertekan sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya selalu berserah pada Allah.

“Syukur alhamdulillah saya ada terima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut nanti,” katanya lagi.

Terdahulu, memetik laporan BH Online, Hannah, 24, menekankan dia hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang beragama Islam.

“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin. Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

“Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hut4ng penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya.

Sementara itu, pelakon utama drama Mencintaimu Mr. Photographer mendedahkan dia terpaksa menangguhkan niat untuk berhijab sejak Ramadan disebabkan komitmen dengan kerjaya.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah,” katanya lagi.

Sumber: Gempak

Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*