
Seorang bapa Sanggup membelanjakan RM57 Juta Beli Berlian 88kaarat Untuk Anak Perempuan Beliau.
Seorang bapa membelanjakan RM57 juta bagi membeli berlian seberat 88 karat untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya.
Menurut Daily Mail, lelaki warga Jepun itu membeli berlian berkenaan ketika lelongan dan promosi jualan permata serta batu jed di bandar raya ini, Selasa lalu.
Dia turut menamakan berlian berkenaan sempena anak perempuan sulungnya, Manami Star.
Berlian jarang ditemui itu dikenali sebagai ‘Type Ila’ dianggap bernilai tinggi di dunia kerana tidak mengandungi atom nitrogen.
Berlian ‘Type Ila’ antara dua permata menghiasi mahkota Ratu United Kingdom yang disimpan di Menara London.
Berlian berkenaan dianggap tiada kecacatan, antara tiga berlian berbentuk bujur dengan berat melebihi 50 karat yang dilelong ketika jualan itu.
CEO Le Vian iaitu syarikat pembekal berlian, Eddie LeVian berkata, batu 88.22 karat yang dilelong Sotheby itu antara yang terbesar dan berlian bujur paling sempurna dipotong pernah dijual.
Berlian berkenaan ditemui di lombong berlian di Jwaneng, Botswana, milik De Beers yang melaburkan RM8.07 bilion bagi meneruskan operasinya di sana.
Sumber: Harian Metro
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Leave a Reply