SIAPAKAH SHEIKH JARRAH SEBENARNYA?

SIAPAKAH SHEIKH JARRAH SEBENARNYA?

 

 

Apabila kali pertama melihat hashtag #SaveSheikhJarrah yang viral di setiap media sosial, mungkin ada antara kita yang terfikir, “Siapa pulak paklong yang nama Syeikh Jarrah ni? lsraeI bom dia ke macam mana?”

Sebenarnya, Syeikh Jarrah ni nama sebuah penempatan yang terletak di timur Jerusalem, Palestin. Nama penempatan ini menjadi sebutan ramai apabila baru-baru ini pihak lsraeI ingin menghalau penduduk disitu dan merampas kawasan terbabit.

Tapi kenapa penempatan ni dipanggil Syeikh Jarrah? Macam nama orang ja. Nama paklong mana depa ambil ni?

Ya, memang penempatan ini bersempena nama seseorang. Tapi orang tersebut bukanlah “paklong biashe-biashe”. Nama sebenar beliau ialah Hussamuddin bin Syarafuddin Isa al-Jarrahi. Gelaran al-Jarrahi ini diberi oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi, sang pembebas Kota Jerusalem.

Ya, Syeikh Hussamuddin al-Jarrahi ini merupakan tokoh Islam di zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi dahulu. Bukan nama tokoh di zaman moden kini.

Beliau merupakan seorang doktor peribadi Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Kerana itulah beliau digelar sebagai al-Jarrahi yang bermaksud “Pakar Bedah”.

Selain dikenali sebagai seorang doktor pakar, Syeikh al-Jarrah ini sebenarnya merupakan seorang ulama besar yang banyak membantu pentadbiran Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Beliau lah yang banyak menasihati Sultan Salahuddin agar segera menghapuskan pengaruh kerajaan Syiah Fatimiyyah sehingga fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah kembali kukuh.

Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur

Beliau memansuhkan laungan azan versi Syiah di masjid-masjid sekitar Mesir. Beliau dengan lantangnya naik ke mimbar memberi khutbah dengan memuji-muji nama Saiyidina Abu Bakar,

Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali. Sebelum ini, hanya nama Saiyidina Ali sahaja yang dipuji di mimbar masjid ketika zaman pemerintahan Syiah Fatimiyyah.

Melihat semangat dan keberanian Syeikh al-Jarrah, Sultan Salahuddin al-Ayyubi dengan segera menitahkan agar proses penSunnian wilayah Mesir dijalankan.

Baginda mengangkat Qadhi Isa al-Hukkari asy-Syafie sebagai hakim. Syeikh al-Jarrah mendirikan sekolah-sekolah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

SUMBER:https://www.thepatriots.asia/

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan SHARE Smoga Bermanfaat. Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*