
Terkilan Arwah Ibu Tak Sempat Tengok Kejayaan Diri,
Gaul Simen Untuk Sambung Belajar.
KEJAYAAN tidak datang bergolek.
Bagi Mohamad Aiman Alif Izani, 26, frasa itu cukup tepat untuk menggambarkan perjalanan yang dilaluinya sebelum mengecapi kesenangan hari ini.
Senang disapa Aiman, anak jati Kelantan itu pernah bekerja sebagai tukang rumah sejurus tamat persekolahan kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga.
Ketika mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, dia turut menggunakan bakat yang dimiliki dengan menjual lukisan potret demi meneruskan kelangsungan hidupnya.
“Mak dan ayah hadapi masalah kewangan, mereka tak ada duit untuk saya sambung belajar. Ketika itu, saya dapat keputusan 5A dan 5B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ada dapat tawaran belajar tapi saya tolak. Ketika itu, cikgu ada tawarkan kerja buat rumah. Saya gaul simen dan buat kerja-kerja lain dengan upah RM50 sehari. Saya bekerja dengan seorang lagi kawan yang sedang cari duit untuk sambung belajar.
Aiman melakukan kerja sampingan ketika zaman belajar.
“Akhirnya saya sambung pengajian di matrikulasi. Ketika di sana, saya jual lukisan potret. Bila tengok balik sekarang, saya rasa lukisan yang saya buat dulu biasa-biasa saja, tak cantik sangat pun. Tapi saya bersyukur sebab kawan-kawan beri sokongan dan tetap beli lukisan itu,” ujarnya.
Selesai pengajian di Pahang, Aiman yang juga anak bongsu daripada dua beradik meneruskan pengajian dalam bidang Seni Reka Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Aiman sudah tiga tahun bergelar sebagai jurufoto.
Selain fokus terhadap pengajiannya, Aiman turut mengambil kesempatan dengan berniaga kek lapis, songket dan lukisan potret untuk mencari wang poket ketika merantau di sana.
“Saya terpaksa buat banyak kerja untuk survive. Saya dan kawan ambil stok di Sarikei, kami jual songket melalui Facebook. Alhamdulillah, dapat banyak pulangan ketika itu.
“Pada masa sama, saya turut buat freelance sebagai pereka grafik. Selain itu, saya juga ada jual kek lapis dan lukisan potret,” ujarnya lagi.
Dia pilih jalan ini untuk saya, tapi bila dah dapat apa yang dia nak, dia tak sempat merasa.
AIMAN
JURUFOTO
Menamatkan pengajian dengan keputusan yang baik, Aiman ternyata gembira apabila dia mendapat tawaran kerja yang diidam-idamkan di ibu negara.
Namun atas permintaan ibunya, Salwani Husain, Aiman pasrah dan memilih untuk pulang bekerja di kampung halamannya sendiri.
Lebih pilu, Aiman sempat menjaga ibunya selama setahun lebih sahaja sebelum wanita itu dijemput Ilahi pada awal tahun 2019.
Foto kenangan bersama ibunya.
“Keputusan OK, agak tinggi… saya juga dapat tawaran kerja sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur. Ada juga dapat tawaran sambung master. Saya cerita pada mak bahawa saya dapat banyak tawaran, tapi dia minta saya duduk kampung.
“Mak sakit kencing manis. Jadi saya ikut cakap mak dan balik untuk jaga dia. Pada waktu itu, saya buat kerja sebagai pereka grafik dan jurufoto. Pada masa sama, saya tolong abang buat bisnes cetak baju.
“Saya sempat jaga mak setahun lebih saja, mak akhirnya men1ngg4l dunia pada usia 47 tahun. Saya rasa sedih sebab mak tak sempat merasa pencapaian saya. Dia pilih jalan ini untuk saya, tapi bila dah dapat apa yang dia nak, dia tak sempat merasa,” ujar Aiman sebak.
Aiman sebak ketika mengimbas kisah mengenai ibunya.
Kini, Aiman yang sudah tiga tahun berkecimpung sebagai jurufoto sudah memiliki sebuah studio dan pejabat sendiri di Kota Bharu, Kelantan.
Kata Aiman, dia juga terkilan apabila Allahyarham tidak sempat menaiki kereta baharu yang dibeli hasil penat lelahnya bekerja selama ini.
Aiman merupakan graduan Unimas.
“Saya beli kereta Perodua Viva pada hujung tahun 2020. Mak tak sempat naik kereta itu. Pada hujung tahun 2021, saya beli pula sebuah Mercedes. Dulu masa mak ada, saya pernah nak beli kereta tapi kena tipu.
“Apa yang mak doakan, ia dah tercapai sewaktu mak dah tiada di dunia ini. Paling saya ingat, mak pesan agar tak lupa siapa diri saya ketika susah dulu. Mak juga mahu saya bantu orang susah dan kurang bernasib baik,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, kisah hidup Aiman mendapat perhatian apabila dia berkongsi perjalanannya yang penuh liku itu menerusi Instagram.
Sumber : mStar
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, Mistik kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Leave a Reply