
“Bagaimana Saya Dapat Melupakan Tuhan Saya Ketika Dia Dengan Bermurah Hati Memberi Saya Peluang Untuk Hidup” Kata Beliau
ALLAHUAKBAR.. SOLAT DAN SUJUD SYUKUR PERKARA PERTAMA YANG DIA LAKUKAN SETELAH KELUAR DARI KERETANYA YANG REMVK AKIBAT DIL4NGGAR BAS DAN TERBALIK BEBERAPA KALI.
Lelaki ini dalam perjalanan ke wilayah Aydın, Turki, ketika sebuah bas melanggar keretanya dan terbalik beberapa kali. Semua orang menyangka pemandu itu mati, tetapi dia selamat.
Perkara pertama yang dia lakukan setelah keluar dari kereta adalah menunaikan solat dan sujud syukur, kemudian menelefon keluarganya.
“Bagaimana saya dapat melupakan Tuhan saya ketika Dia dengan bermurah hati memberi saya peluang untuk hidup”
Dalam Islam, sujud syukur boleh dilakukan ketika mendapat khabar gembira atau terlepas daripada musibah
Terdapat 4 langkah untuk melakukan sujud syukur dengan cara yang betul:
1)Pastikan anda sudah mengambil wudhu dan diri anda dalam keadaan berwudhu.
2)Menghadap kiblat.
3)Membaca niat sebelum anda memulakan sujud syukur.
4)Mengangkat takbiratul ihram sebelum ke posisi sujud.
Sujud (Anda hanya perlu melakukan sujud sekali sahaja).
Bangun daripada sujud (duduk antara dua sujud) dan memberi salam.
Niat sujud syukur
Untuk memudahkan, ini niat dalam Bahasa Melayu:
“Sahaja aku sujud syukur sunat kerana Allah Ta’ala”
Bacaan ketika anda sedang sujud syukur
Untuk bacaan dan doa dalam Bahasa Melayu, boleh baca dalam hati sahaja:
“Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah yang Maha Tinggi Maha Agung”
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengingatinya, tidak mengapa anda boleh sahaja membaca bacaan yang selalu dibaca sewaktu sujud atau cukup anda ucapkan “Alhamdulillah”.
Syarat sah sujud syukur
-Berwudhu’.
-Menghadap kiblat.
-Menutup aurat.
-Suci daripada hadas dan tempat sujud bersih.
Sujud syukur tanpa wudhu dan tak menghadap kiblat??
Bagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:
Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wuduk perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat.
Zahir hadis Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwuduk.
Sekiranya memerlukan wuduk pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadis menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.
Sujud dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wuduk,
sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwuduk, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.
sumber:kisahjalanan.com via portalislamik.net
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Leave a Reply