Wanita Ini Nyaris Buang Berlian (RM11.43 juta) Di Sangkakan Batu Tak Berharga

Wanita Ini Nyaris Buang Berlian (RM11.43 juta) Di Sangkakan Batu Tak Berharga

 

LONDON – Seorang wanita warga emas terkejut apabila menemui sebutir berlian 32 karat bernilai £2 juta (RM11.43 juta) yang hampir dibuang ke dalam tong sampah, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Wanita berusia 70-an itu membeli berlian tersebut dalam satu jualan car-boot beberapa tahun lalu, namun tidak pernah mengetahui nilainya selain menganggap ia adalah sebutir berlian perhiasan tiruan.

Dia hampir membuang berlian tersebut yang ditemui bersama beberapa barang perhiasan lain ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.


Wanita itu bagaimanapun membawa berlian itu untuk dinilai selepas didorong oleh seorang jiran. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ia merupakan sebutir berlian tulen.

Sementara itu, seorang wakil dari firma lelongan Featonby’s di Utara Tyneside, Lane berkata, wanita berkenaan datang kepadanya bersama satu beg berisi barang kemas dan berlalu pergi kerana mempunyai janji temu lain.

“Ia berada di dalam kotak bersama-sama beberapa barangan kemas bernilai rendah.

“Kami menemui batu berlian besar dan saya pada mulanya menyangka ia merupakan kubik zirkonia iaitu sejenis berlian tiruan,” katanya.

Lane kemudiannya hanya membiarkan berlian itu di atas mejanya sebelum menilainya menggunakan mesin penguji.

“Kami kemudian menghantarnya kepada rakan di London sebelum ia disahkan oleh pakar dari Antwerp, Belgium sebagai berlian 32 karat,” kata Lane. – AGENSI

Sumber: kosmo Online

 

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, Mistik kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*