
Kisah Nabi Musa As Dan Pemuda Penjaga 2 B4bi Yang Akan Berjiran Denga Nabi Musa As Di Syurga Kelak
Berikut adalah kisahnya..
Kisah Nabi Musa: Anak Yang Menjaga Ibu Bapa Disumpah Menjadi B4bi
Bukankah Allah berfirman di dalam Al Quran mengenai manusia yg disumpah menjadi b4bi dan kera kerana kederhakaannya kepada Allah. Cerita yg dikira pelik ghoib ini mungkin berkaitan hanya Allah Al Alimul Ghoibi sahaja yg Maha Tahu dan mendalam pengetahuannya. Kisah ini kisah lama yg sering diceritakan sebagai teladan dan kita kutip lalu kongsikan bersama.
Nabi Musa memang terkenal gigih bertahun tahun berjalan dengan kembara ilmu nyata dan ghaib yg diberi Allah dalam kenabiannya hinggalah kemuncak dia menerima Taurat dan kembali kepada kaumnya sehingga fizikalnya dikatakan tidak lagi dikenal oleh pengikut pengikutnya berubah kerana berkat wahyu itu atau kelebihan yg diberi Allah swt..
Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah beliau akan bercakap dengan Allah SWT.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah swt. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah swt pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah SWT
Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.
Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor b4bi betina yang besar. B4bi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.B4bi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian b4bi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor b4bi jantan yang lebih besar. B4bi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. B4bi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara! Apa agama kamu?”
“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
“Habis, mengapa kamu membela b4bi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Sebenarnya kedua-dua b4bi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah swt telah menukarkan rupa mereka menjadi b4bi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah swt itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi b4bi, aku tetap melaksanakan tugasku,”
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,”tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa b4bi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”
“Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam ner4ka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat doa anak yang soleh.Sejahat mana pun ibu atau bapa,kita sebagai anak berbuat baiklah pada kedua orang tua kita.Mohon lah supaya mereka berubah.Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam ner4ka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah
Kesimpulannya: Teladan daripada kisah ini yang diperolehi adalah,tiada yang mustahil bagi Allah swt untuk menjadikan sesuatu. Masyarakat kita telah terbiasa diajar dengan hanya pemikiran logik sehinggakan perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran manusia sukar diterima oleh masyarakat.
Cuba anda bayangkan sekirannya kita hidup di zaman Nabi Muhammad,dan beliau mengatakan beliau telah pergi ke Palestin dan naik kelangit hanya dalam satu malam.Perkara tersebut diluar pemikiran logik bukan? Tetapi ianya benar.Maka sesiapa yang berfikiran logik ketika itu kami percaya ramai meninggalkan Islam.Begitu juga di zaman nabi Musa Alaihisalam mempunyai kisah Allah telah menyumpah kaum yahudi yang ingkar perintah Allah menjadi kera. Wallahualam.
Sumber:myteamnetwork
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Leave a Reply