
Hairan Makanan Asyik Hilang Didapur Dan Dalam Peti Ais, Lelaki Ini Pasang Kamera Dan Terkejut Melihat Kelibat Wanita Di Dapurnya
Siapa yang tidak hairan dan pelik jika makanan dan minuman yang dibeli dan diletakkan di dapur selalu hilang dan habis dimakan. Jika anda tinggal di rumah itu seorang diri mesti jadi rasa seram bukan?
Seorang lelaki di bandar raya Manhattan dekat New York merasa pelik apabila makanan dan minumannya selama ini asyik hilang dan habis di makan, membuatkannya mengambil keputusan memasang kamera tersembunyi.
Joe Cummings mengalami keadaan pelik itu selama dua minggu selepas tinggal di rumah itu. Merasa hairan dan tertanya-tanya, dia pun mengambil keputusan untuk memasang kamera tersembunyi.
makanan asyik hilang selama ni rupanya ada penghuni lain dalam almari!
Menerusi rakaman kamera tersembunyi, seorang wanita dilihat tinggal secara rahsia dalam almari di dapur rumahnya dan hanya keluar ketika ketiadaan orang lain di rumah serta pada waktu malam.
makanan asyik hilang selama ni rupanya ada penghuni lain dalam almari!
Penceroboh itu menyelinap keluar dari sebuah almari di tepi pintu dapur rumah berkenaan dan dilihat membuang air kecil dalam sinki, mengambil makanan dan minuman sambil menonton televisyen.
makanan asyik hilang selama ni rupanya ada penghuni lain dalam almari!
makanan asyik hilang selama ni rupanya ada penghuni lain dalam almari!
Tidak lama selepas itu, wanita itu memanjat kembali tempat persembunyiannya.
Cummings yang menonton semula rakaman itu kemudian menghubungi polis dan wanita itu akhirnya berjaya diberkas.
“Saya tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam almari itu. Satu-satunya cara untuk masuk ke dalamnya adalah menerusi tingkap memandangkan saya tinggal pangsapuri tingkat paling atas.
“Menurut polis, wanita itu berkemungkinan datang ke rumah saya untuk mencuri ketika saya tiada di rumah, namun dia membuat keputusan untuk tinggal di dalam ruang sempit itu,” tulis Cummings di YouTube.
Meskipun kejadian itu dikatakan berlaku pada tahun 2009,tapi ia kembali tular di media sosial selepas menerima lebih 20 juta tontonan di platform Youtube.
Sumber: Daily Star
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Leave a Reply