Daki Bukit Jumpa Berlian Bernilai RM91,917, Kalau Dah Rezeki Tak Kemana..

Daki Bukit Jumpa Berlian Bernilai RM91,917, Kalau Dah Rezeki Tak Kemana..

 

Itulah dikatakan rezeki tersepak apabila niat untuk mendaki namun telah menemui sejenis batu yang sangkaan awalnya hanya sekadar batu biasa, namun telah disahkan oleh pakar ianya bukan lah batu biasa namun sebiji berlian yang bernilai RM91,917. Sama-samalah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar kita juga dimurahkan rezeki dan seterusnya dikurniakan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Yakinlah bahawa Allah SWT adalah Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

LITTLE ROCK, ARKANSAS – Tuah menyebelahi seorang wanita apabila dia menemui sebutir berlian dianggarkan bernilai lebih AS$22,000 (RM91,917) di taman negeri Arkansas, Amerika Syarikat dan dibenarkan menyimpan mineral berharga itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Noreen Wredberg, ketika menemui berlian itu sedang mendaki bersama suaminya, Michael Wredburg di Taman Negeri Crater of Diamonds apabila dia terlihat sebutir objek berwarna kuning berkilau yang berada di atas tanah.

“Saya tidak tahu bahawa ia merupakan berlian, namun objek itu amat bersih dan berkilau. Jadi, saya mengutipnya,” kata Noreen.

Wanita itu kemudiannya membawa berlian tersebut kepada pihak berkuasa taman negeri yang kemudiannya mengesahkan bahawa ia merupakan berlian tulen.

Berlian itu bersaiz kira-kira sebutir kacang jeli dengan bentuk seperti buah pir dan berwarna kekuning-kuningan seperti lemon.

Dalam pada itu, seorang pakar berlian dan barang kemas, David Allen berkata, berdasarkan saiz, berlian yang dijumpai Noreen itu boleh dijual pada harga antara AS$20,000 hingga AS$30,000 (RM83,563 hingga RM125,344) berdasarkan kepekatan warna kuningnya.

“Semakin pekat dan cantik warna kuningnya, semakin tinggi nilainya.

“Ia adalah satu penemuan yang amat berharga dan Noreen amat bertuah kerana menemuinya,” ujarnya.- AGENSI

Sumber: Kosmo

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*