
Banglo H!lang Selama 28 Tahun Muncul Kembali Terdampar Secara Tiba-Tiba Di Pantai
Villa Yang H!lang Selama 28 Tahun Muncul Kembali Terdampar Secara Tiba-Tiba Di Tepi Pantai!
Pengunjung mengambil peluang bergambar di tingkat atas vila yang terdampar secara tiba-tiba untuk mendapatkan pemandangan yang lebih cantik. – Facebook El Mizateco
COSTA DEL SOL, EL SALVADOR – Sebuah vila misteri ditemui terdampar secara tiba-tiba di tepi pantai di Costa de Sol, El Salvador, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Penduduk tempatan dan pelancong keliru berhubung penemuan tersebut di Pantai La Puntilla baru-baru ini. Bagaimanapun, terdapat teori popular mengatakan bahawa vila itu hanyut dalam bencana taufan yang membadai El Salvador lebih 20 tahun lalu.
Akhbar tempatan, La Prensa Grafica melaporkan beberapa penduduk sebagai memberitahu, vila tinggal itu merupakan sebuah hotel dikenali sebagai Hotel Puerto Ventura kira-kira 28 tahun lalu.
Hotel tersebut dibina hanya beberapa meter dari laut sekali gus menguatkan kemungkinan bahawa ia dihanyutkan oleh air laut.
“Mereka membinanya terlalu dekat dengan pantai. Mereka juga tidak membuat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa untuk membinanya (hotel) dan itulah akibatnya,” kata seorang penduduk tempatan.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana hotel tersebut musnah dalam kejadian Taufan Mitch yang telah membadai El Salvador pada tahun 1998 dan mengakibatkan lebih 9,000 kematian.
Kini, bangunan dua tingkat tersebut menjadi tarikan pelancong yang datang ke situ untuk bergambar dengan ada antara mereka memanjat tingkat atas vila tersebut bagi mendapatkan gambar pemandangan yang lebih cantik.
Bagaimanapun, penduduk setempat, Coralia Sotelo berkata, beberapa kanak-kanak pernah melihat seorang lelaki kulit hitam berkeliaran di sekitar vila tersebut, menyebabkannya takut untuk menghampiri kawasan itu.
“Saya takut untuk pergi ke situ dan tidak pernah menghampirinya. Beberapa kanak-kanak yang pergi ke pantai itu untuk menangkap penyu pada waktu malam memberitahu mereka ada terlihat lelaki itu,” ujarnya.
sumber :kopibeng
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, Mistik kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Leave a Reply