B4njir Besar di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera

Gelagat pengguna jalan raya yang tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran hujan lebat sepanjang hari dan banjir yang melanda di beberapa tempat sekitar Lembah Klang ketika tinjauan di sekitar Seksyen 21, Shah Alam, awal pagi tadi. –fotoBERNAMA

B4njir Besar di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera

 

Banjir di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera
Gelagat pengguna jalan raya yang tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran hujan lebat sepanjang hari dan banjir yang melanda di beberapa tempat sekitar Lembah Klang ketika tinjauan di sekitar Seksyen 21, Shah Alam, awal pagi tadi. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Lembah Klang ketika ini, terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah.
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap sama ada di kediaman mereka atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama yang dinaiki air. Melalui perkongsian orang awam di media sosial memaparkan jalan dan penempatan di Selangor dinaiki air antaranya di Shah Alam dan Pelabuhan Klang dan suara-suara meminta bantuan daripada individu yang terperangkap akibat banjir memenuhi media-media sosial.

Keadaan banjir itu menyebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memohon bantuan dari kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah banjir dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu, yang paling teruk terjejas kali ini.Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas malam tadi memaklumkan kebiasaannya persiapan menghadapi banjir di beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu dibuat lebih awal, namun keadaan banjir di Selangor seolah-olah ‘mengejut’.”Saya baca di media sosial, ada juga yang hantar direct kepada saya mohon bantuan kerana ada yang sakit.”Ada yang dalam bas terperangkap lapan jam dia maklumkan kepada saya, saya dah maklumkan kepada bomba untuk ke tempat itu, cuma keadaan waktu itu banyak kereta lain juga terperangkap jadi kita selamatkan mereka yang lemah,” kata Ismail Sabri. Sebanyak 45 PPS dibuka dengan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga ditempatkan setakat ini di Selangor dan 453 aset kenderaan dan logistik pelbagai agensi penguat kuasa digerakkan dengan melibatkan 2,817 anggota.
Perdana Menteri memberi jaminan keselamatan mangsa menjadi keutamaan kerajaan selain memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang.
Setakat petang semalam, beberapa plaza tol ditutup termasuk Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya dengan satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan ke arah selatan dan utara. Tinjauan melalui media sosial juga mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi iaitu di KM62.9 lebuh raya Karak-Bentong; laluan Saujana Utama ke Elmina (berhampiran Lebuhraya Guthrie) jalan menuju Bukit Lanjan, Damansara serta Jalan Taman Melawati 1.
Situasi di negeri lain yang mengalami banjir seperti Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Kelantan turut menyaksikan pertambahan mangsa yang dipindahkan ke PPS susulan air banjir belum surut berikutan hujan berterusan. Ekoran cuaca buruk itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi hantaran di Facebook malam tadi memaklumkan bekalan elektrik di 82 kawasan di Klang, Shah Alam (57), Pelabuhan Klang (enam), Sepang (tiga) dan Banting (dua) terputus dan belum pulih. Selain itu, bekalan elektrik yang terputus di 20 kawasan di Pahang melibatkan Kuantan, Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis; lapan lokasi di Melaka; tujuh di Kelantan membabitkan jajahan Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang juga belum pulih. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan COVID-19, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata mangsa banjir yang bergejala, berisiko atau positif akan diasingkan di pusat kuarantin. Beliau berkata sebelum dibenarkan memasuki PPS, mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk mengesan jika mempunyai gejala dan faktor risiko COVID-19, manakala bagi kes positif akan diisolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) atau PPS Khas atau dirujuk ke hospital mengikut keperluan. Sehingga pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas banjir susulan hujan lebat sejak semalam, melibatkan 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga.
— BERNAMA

Sumber: Astro Aawani

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*