Juruterbang rakam kelibat 12 UFO sebelum hilang secara tiba-tiba

Juruterbang rakam kelibat 12 UFO sebelum hilang secara tiba-tiba

 

WASHINGTON – Satu rakaman video dari kokpit sebuah pesawat yang memaparkan sekumpulan objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sebalik awan menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan video yang dirakam seorang juruterbang itu, terdapat 12 UFO sedang terbang dalam formasi sebelum hilang secara tiba-tiba di sebalik awan ketika melintasi Lautan Pasifik pada ketinggian 11,887 meter dari paras laut.

Pada permulaan video, kelihatan sembilan cahaya yang sedang bergerak dan kemudiannya bertambah menjadi 12 cahaya.

“Saya tidak tahu apakah objek itu. Ia adalah suatu objek terbang dan kelihatan amat aneh,” kata juruterbang dalam rakaman itu.

Tidak lama kemudian, kedengaran juruterbang berkenaan menyebut perkataan ‘hilang’ ketika kesemua UFO itu hilang dari pandangan.

Klip video berkenaan dikongsikan di media sosial dengan ramai netizen berpendapat bahawa ia merupakan rakaman UFO terbaik dan hebat setakat ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pengguna yang menganggap cahaya-cahaya tersebut sebagai letupan misil anti peluru berpandu yang ditembak dari pesawat perang. – Agensi

Sumber: Kosmo Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

https://www.facebook.com/resepidapur1/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/islamterkenal84/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/ustaz.kata.official/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/Panduan-Hidup-171725263436723

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*