Alhamdulillah.. Boleh Rasa Betapa Gembira Elyana Selepas 11 tahun berjuang, Elyana bebas kans3r

Alhamdulillah.. Boleh Rasa Betapa Gembira Elyana Selepas 11 tahun berjuang, Elyana bebas kans3r

 

 

PETALING JAYA – Selepas lebih sedekad berjuang melawan kanser limfoma, penyanyi Elyana berkongsi berita gembira sudah bebas daripada sel barah yang merebak dalam tubuhnya.

Khabar tersebut didedahkan penyanyi yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Instagramnya pagi tadi.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. Kanser saya sudah hilang!

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah. Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira ini.

“Terlalu lama tak dapat gambarkan ada tubuh badan yang sihat. ‘I love you Allah’,” tulis pemilik nama penuh Erneelya Elyana Emrizal itu.

Sepanjang bertarung dengan penyakit itu, dia mendedahkan sudah menjalani lebih 20 kali rawatan kimoterapi serta melakukan 30 sesi radioterapi.

Akhir tahun lalu sel kansernya sudah merebak ke bahagian hati, pangkal peha dan rahim sekali gus menyebabkan keadaannya agak membimbangkan sehingga berat badan turun kepada 35 kilogram.

Bagaimanapun, semangat penyanyi Kalis Rindu itu cukup kuat apabila terus melawan penyakitnya dengan sokongan keluarga serta ramai peminat yang sentiasa mendoakan dia kembali pulih.

Walau berdepan kesakitan selain menghadapi simptom selepas sesi radioterapi yang kembali dijalani pada pertengahan tahun ini, Elyana tetap kuat dan tabah selain kerap berkongsi mesej positif menerusi laman sosialnya.

Secara tidak langsung, kekuatan mental penyanyi berusia 34 tahun itu berhadapan cabaran turut menyuntik semangat mereka yang senasib.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

https://www.facebook.com/resepidapur1/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/islamterkenal84/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/ustaz.kata.official/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/Panduan-Hidup-171725263436723

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*