
[Video] Kes Varian Omicron pertama dikesan di Malaysia
Kuala Lumpur: Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron dikesan di Malaysia membabitkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu berkenaan menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Individu berkenaan adalah penuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan disediakan pihak universiti di Ipoh.
“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khairy berkata, individu berkenaan menjalani kuarantin seorang diri di penginapan yang disediakan dan berdasarkan siasatan dijalankan, beliau patuh kepada perintah dikeluarkan.
“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan berkenaan positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November lalu.
“Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November. Pengesanan kontak rapat dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang,” katanya.
Menurutnya, mereka menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib dan ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.
“Pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di pintu masuk antarabangsa KLIA akan dipakaikan peranti pengesan (Digital tracker device) sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (kuarantin).
“Bagi Gelembung Pelancongan Langkawi, pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tambahan iaitu pada hari ke-3 dan ke-5 dari tarikh ketibaan.
“Manakala Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Singapura diteruskan buat masa ini. Sekatan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini dikekalkan,” katanya.
Video:
Sumber: Mymetro [METROTV]
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal Dan Nasihat & Tazkirah Untuk cerita-cerita terkini
https://www.facebook.com/resepidapur1/?ref=pages_you_manage
https://www.facebook.com/islamterkenal84/?ref=pages_you_manage
https://www.facebook.com/ustaz.kata.official/?ref=pages_you_manage
Leave a Reply