[Video] Tular air banjir jernih seperti kolam

[Video] Tular air banjir jernih seperti kolam

 

 

JAKARTA – Sebuah video memaparkan keadaan banjir yang melanda sebuah daerah di Indonesia baru-baru ini menjadi tular kerana keadaan airnya yang jernih serta turut mempunyai pemandangan yang indah, lapor laman berita Suara.com.

Video keadaan banjir di daerah Minahasa, Sulawesi Utara itu dimuat naik di akaun TikTok milik @salam_kawanua dan sehingga kini telah ditonton lebih 20 juta kali dengan 1,7 juta tanda suka.

“Banjirnya menimbulkan rasa suka,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

Ads by Kiosked
Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat air banjir di kawasan itu amat jernih dan bersih.

Bahkan, orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa biarpun terpaksa mengharungi air banjir setinggi paras lutut orang dewasa.

Pemandangan banjir ‘luar biasa’ itu mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-rata memuji penduduk di situ yang terbukti pandai menjaga kebersihan kawasan.

“Seumur hidup, ini kali pertama saya lihat air banjir sejernih ini, tabik dengan penduduk di situ,” komen seorang netizen.

“Tidak nampak seperti banjir, namun kelihatan seperti kolam renang,” komen seorang lagi netizen. – AGENSI

Sumber VIdeo: youtube

Sumber Article: Kosmo Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal Dan Nasihat & Tazkirah Untuk cerita-cerita terkini

https://www.facebook.com/resepidapur1/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/islamterkenal84/?ref=pages_you_manage

https://www.facebook.com/ustaz.kata.official/?ref=pages_you_manage

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*