
Satu Kajian Mendapati Duduk Terlalu Lama Boleh ‘M3mbvnvh’ Secara Senyap
CHICAGO, ILLINOIS – Satu kajian mendapati bahawa duduk terlalu lama dalam sehari berisiko menjadi ‘pembvnvh’ dalam senyap, lapor akhbar The Sun semalam.
Hal ini kerana duduk selama berjam-jam boleh menyebabkan keadaan pulmonary embolism (PE) iaitu satu keadaan di mana darah beku mengalir ke jantung dan menyekat saluran darah yang seterusnya menyebabkan kematian.
Pembantu profesor perubatan di Fakulti Perubatan Feinberg Universiti Northwestern di Chicago, Dr. Karlyn Martin berkata, orang ramai tidak begitu tahu tentang PE berbanding serangan jantung.
“PE boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau status kesihatan.
“Saya fikir jika seseorang berasa sakit pada bahagian dada, orang akan sering menganggapnya sebagai serangan jantung, dan tidak menganggapnya sebagai PE,” katanya.
Menurut data Yayasan Paru-Paru British pada 2012, seramai 2,300 individu meninggal dunia setiap tahun akibat PE.
Dalam satu per empat kes PE di Amerika Syarikat, pesakit kebiasaannya mengalami beberapa simptom sebelum meninggal dunia seperti kesukaran bernafas, degupan jantung yang terlalu laju, sakit dada, batuk berdarah dan rasa seperti ingin pitam atau pitam.
Menurut wartawan sains dan bekas doktor perubatan, Dr. Michael Mosley, menggesa orang ramai untuk lebih kerap berdiri sebagai salah satu cara bagi meningkatkan kesihatan. – AGENSI
Sumber: kosmo Online
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur Dan Islam Terkenal Untuk cerita-cerita terkini
https://www.facebook.com/resepidapur1/?ref=pages_you_manage
https://www.facebook.com/islamterkenal84/?ref=pages_you_manage
Leave a Reply