
10 Tahun Kerja Di Bilik M4yat,“Memang Kerap Kena Lebih-Lebih Lagi Bila Pukul 12 Tengah Malam Hingga 5 Pagi, Ada Yang Tunjuk Depan-Depan.
Begitu juga dengan jururawat ini yang berkongsi pengalaman ser4m semasa bertugas di bilik may4t di sebuah hospital di ibu negara sejak 10 tahun lalu.
Menurut Mimin Alibaba, dia kerap kali diganggu setiap kali bertugas syif malam.
“Memang kerap kena lebih-lebih lagi bila pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Mula-mula pintu bilik may4t tu buka sikit je lepas tu buka tutup, buka tutup siap main hempas sampai empat kali.
“Tapi lima minit sebelum tu tengok elok je tutup macam biasa. Bila pusing balik tengok dah terbuka siap pakej lampu menyala sekali.
“Sekali tu tengok atas stretcher macam ada sekujur may4t terbaring pula padahal malam tadi tak ada pun Last Office (prosedur bersihkan dan k4fankan may4t),” katanya kepada mStar.
Mimin sudah lali dengan gangguan dialaminya ketika bertugas di bilik may4t. Gambar sekadar hiasan.
Wanita berusia 35 tahun itu mengakui takvt dengan insiden yang pernah dilalui tetapi dia seolah-olah sudah lali dengan gangguan tersebut.
“Lemah lutut tak payah cakaplah. Memang takvt tapi saya kuatkan semangat je, lagipun dah lali selalu sangat kena. Saya ni bawa hati kering, redah je.
“Bila kena gangguan tu saya biarkan dulu ‘dia’ nak buat apa. Saya baca ayat al-Quran. Kadang-kadang saya terpaksa marah ‘dia’ balik cakap jangan kacau.
“Lepas tu ‘dia’ terus diam tapi esok-esok tu ada lagi. Pernah satu masa tu saya nampak kelibat hitam dua kali ulang alik dekat koridor wad,” katanya
Namun Mimin berkata dia hanya mengalami g4ngguan tersebut semasa sedang bertugas.
“Alhamdulillah ‘dia’ ganggu kat situ je. Bila ada kematian burung gagak akan berbunyi kuat kedengaran dari tingkap wad.
Bilik 3 di lokasi Mimin bertugas dijadikan bilik may4t manakala Bilik 1 dan Bilik 2 sudah ditutup.
“Bilik may4t tu pun akan terbuka, tak pun ada bunyi ketuk-ketuk dari dalam. Saya tak tahulah kalau staf lain dengar ke tak.
“Sebab mereka semua penakut dan refused untuk ke bilik tu bila dapat arahan untuk buka jika ada kem4ti4n,” katanya yang turut mengalami mimpi ngeri selepas gangguan tersebut.
Jelas Mimin lagi, dia pernah merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit tetapi rakaman tersebut seperti ‘diganggu’ sesuatu.
“Saya dah pernah cuba ambil video tapi bila nak playback video cuma gelap dan sesaat dua saja walaupun semasa rakaman agak lama.
“Mungkin ‘dia’ tak bagi rakam kot. Memang pelik tapi itulah hakikatnya,” katanya.
Dalam pada itu, wanita dari Kuching, Sarawak itu turut menceritakan pengalaman paling menakvtkan semasa bilik may4t itu sedang diubahsuai pada 2013.
Mimin juga pernah ternampak kelibat menyerupai jururawat sambil menolak troli ketika sedang bertugas. Gambar sekadar hiasan.
“Seperti biasa apabila kita masuk ke bilik secara automatik tangan kita mencapai suis lampu di tepi pintu. Saya buka suis dan lampu menyala.
“Bila tengok bilik bersepah saya pun panggil tukang cuci. Bila kembali semula saya dapati bilik itu gelap. Saya tengok mentol lampu tiada padahal sebelum tu bilik tu terang benderang.
“Saya juga kerap bermimpi didatangi jururawat menggunakan uniform lama berwarna putih. Dalam mimpi tu dia minta supaya kami kembalikan semua ‘hak’ mereka dan menutup wad baharu itu.
“Penampakan jururawat itu semakin kerap menunjukkan dirinya. Saya pernah ternampak kelibat dia menolak troli dressing ke arah wad sehingga tembus dinding,” katanya.
Sumber: mstar
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur
https://www.facebook.com/resepidapur1/?ref=pages_you_manage
Leave a Reply