‘Duit KWSP duit kami juga’, Luaskan pengeluaran KWSP

‘Duit KWSP duit kami juga’, Luaskan pengeluaran KWSP

KEPADA rakan-rakan sepencaruman, Isu pengeluaran duit caruman KWSP hangat dibincangkan dalam beberapa minggu ini. Semestinya, ramai ahli politik dan rakyat yang mahu supaya semua orang dibenarkan mengeluarkan duit caruman masing-masing. Saya faham ramai yang hidup susah sekarang. Cuma saya harap saya dapat ceritakan perspektif yang sedikit berbeza.

Kelayakan fasiliti i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diharap dapat diperluas kepada golongan pencarum yang mengalami pemotongan gaji sekurang-kurangnya 25 peratus, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika membahas Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, golongan itu juga antara yang terj3jas tervk, walaupun mereka masih mempunyai sumber pendapatan.

Proses permohonan pengeluaran wang KWSP juga perlu dipermudahkan, bagi memastikan rakyat boleh memperolehi sumber kewangan tambahan dengan lebih pantas.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar elaun dan yuran Pengerusi GLC, GLIC yang dijawat Ahli-ahli Parlimen, dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus.Beliau berkata, dana yang diperolehi daripada pemotongan tersebut boleh disalurkan sebagai tanggungjawab sosial korporat kepada Tabung COV1D-19.

Dr Wan Azizah juga menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi dengan bersetuju terhadap idea pemotongan gaji mereka.“Dalam masa yang sama, negara juga memerlukan kepimpinan melalui teladan atau, dengan izin, “leadership by example”, dalam hal ini.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*