
Faktor / Sebab / Punca Permohonan BKC Anda TIdak Lulus
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ia termasuklah Bantuan Khas C-19 (BKC), yang diberikan khusus kepada golongan Misk.in Tegar, B40 dan M40.
Bagi Fasa 1 BKC, ia telah pun dibayar kepada yang layak pada bulan September lalu. Manakala untuk Fasa 2 pula akan bermula pada November dan Fasa 3 pada Disember 2021.
Walaupun begitu, BKC tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan kepada yang layak berlandaskan semakan data oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNDM) berkenaan permohonan BPR 2021 (bagi Misk1n Tegar & B40) dan percukaian (bagi M40).
Akan tetapi, masih ada yang tidak menerima bantuan ini atas beberapa faktor. Berikut adalah penjelasannya: –
Faktor-faktor tidak menerima BKC
Seperti dimaklumkan tadi, semakan kelayakan BKC dibuat berdasarkan semakan data sedia ada.
- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021;
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang ka.ra) me’ninggal dVnia;
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak;
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
- Bekerja / menetap di luar negara.
DATA PERCUKAIAN
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
- Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40;
- Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020;
- Pembayar cukai meninggal dunia;
- Bekerja / menetap di luar negara.
Oleh hal demikian, sekiranya anda tidak merima BKC – kemungkinan besar ia disebabkan kerana faktor-faktor di atas.
Berdasarkan maklumat dari LHDNM, BKC tidak melibatkan sebarang rayuan. Manakala, untuk tujuan semakan pula, ia boleh dibuat di laman rasmi BKC atau KLIK SINI.
Untuk maklumat lanjut dan terperinci mengenai BKC, ia boleh dirujuk – DI SINI.
Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.
Sumber:berikerja
Leave a Reply