Bantuan Bulanan Sebanyak RM100 Hingga RM350 Sebulan, Syarat- syarat Dan Cara Untuk Memohon

Bantuan Bulanan Sebanyak RM100 Hingga RM350 Sebulan, Syarat- syarat Dan Cara Untuk Memohon

Dalam usaha meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan.Salah satunya termasuklah Bantuan Am Persekutuan yang bertujuan membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:-

Kadar Bantuan

Bantuan Am Persekutuan diberikan kepada yang layak dengan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk seorang dan maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga misk1n yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Dalam masa sama, untuk maklumat kelayakan bantuan lebih lanjut dan terperinci, pemohon disarankan untuk datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat atau menghubunginya mengikut daerah tempat tinggal pemohon (KLIK SINI untuk senarai No Tel).

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi kelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI).

Pemohon turut dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan bagi memudahkan proses permohonan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ia juga boleh dirujuk – DI SINI.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital,Terima Kasih.

Sumber:berikerja

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*