Tarikh Buka Sekolah Mengikut Negeri Fasa PPN Bagi Sekolah Rendah & Menengah

Tarikh Buka Sekolah Mengikut Negeri Fasa PPN Bagi Sekolah Rendah & Menengah

Bila tarikh buka sekolah yang ditetapkan bagi setiap fasa PPN? Mungkin ada yang masih keliru, tambahan pula ada negeri yang baru beralih fasa.

Ikuti penerangan berikut.

OPERASI SEKOLAH TERKINI: Lembah Klang & Melaka Ikut Ketetapan Fasa 4 PPN Mulai 1 Nov

Pengoperasian institusi pendidikan bagi Melaka, Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya mengikut ketetapan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula 1 November depan.Operasi berdasarkan ketetapan Fasa 3 PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober manakala Pulau pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November.

Perkara itu diumumkan melalui sidang media rasmi KPM.

Sementara itu, pengoperasian institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Melaka dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa mulai 1 November ini.

Pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November.

Sila rujuk infografik berikut:

Tarikh buka sekolah

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini, bertarikh 17 Oktober 2021.

MUAT TURUN PANDUAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM 3.0

Garis-Panduan-Pengurusan-dan-Pengoperasian-Sekolah-3.0

NOTA:

Sebelum ini KPM telah mengeluarkan infografik berkenaan pembukaan sekolah dan siapa yang perlu hadir bagi setiap negeri mulai 3 Oktober.

Berikut dikongsikan rumusan pembukaan sekolah yang diumumkan oleh KPM sebelum ini.

RUMUSAN TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH KPM MULAI 3 OKTOBER

  • Institusi pendidikan bawah KPM di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada 4 Okt, mengikut ketetapan Fasa 2 PPN
  • Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di Kedah kekal pada 10 Okt, ketetapan pengoperasian Fasa 2 PPN hanya akan bermula 17 Okt
  • Mulai 18 Okt, institusi pendidikan Selangor, Melaka, KL dan Putrajaya dibuka ikut ketetapan Fasa 3 PPN
    Sekolah di Johor pula mula dibuka 10 Okt

Susulan Johor baru beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 24 September lalu dan pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sekolah hanya dibuka selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa.

Seperti jadual diumumkan KPM, murid serta pelajar di Johor akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), manakala hanya murid dan pelajar dari kelas serta tingkatan tertentu saja akan mula kembali ke sekolah pada 10 Oktober ini.

Pembukaan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan di Johor dan Pahang mengikut peralihan fasa baharu iaitu masing-masing Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah bermula 24 dan 25 Oktober ini.

“Namun, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM adalah mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa, yang mana Johor hanya beralih ke Fasa 2 PPN pada 24 September lalu.

Pada 13 September lalu, KPM dilaporkan berkata, pembelajaran bersemuka dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam PPN.

Sekolah dilaporkan tidak dibuka pada negeri berada pada Fasa 1 PPN, manakala negeri Fasa 2 pula, sekolah rendah hanya dibuka hanya untuk murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), manakala bagi sekolah menengah, pada Fasa 2, hanya membabitkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:ecentral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*