
Syarat-syarat Dan Cara Memohon Bantuan Telefon Percuma & Internet Pakej Murah Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
Dalam usaha membantu dan memudahkan urusan rakyat, pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memperkenalkan dua pakej bantuan iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.
Berikut adalah penjelasan berkenaan dua pakej ini:-
Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Pakej ini adalah sebuah pakej prabayar baru khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah. Tawaran pakej ini ialah:
- Data 20GB untuk 3 bulan dengan hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had.
- Bagi data 20GB, ianya boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video ataupun permainan dalam talian. Ia boleh membantu pengguna untuk merehatkan diri dengan kebolehan akses kepada hiburan.
- Pakej ini termasuk 1GB data harian (sebanyak 90GB untuk 3 bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti.
Pakej ini layak untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
Pakej Peranti Keluarga Malaysia
Pakej ini pula merupakan sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma. Pengguna akan mendapat manfaat-manfaat berikut:
Cara Memohon
Kepada yang berminat untuk mendapatkan pakej-pakej ini, ia boleh dibuat dengan mengemukakan pendaftaran kepada pihak penyedia perkhidmatan terlibat, seperti:
- Celcom Axiata Berhad (Celcom);
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi);
- Maxis Berhad (Maxis);
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile);
- Telekom Malaysia Berhad (TM);
- YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Pengguna juga boleh melayari portal-portal rasmi penyedia-penyedia perkhidmatan di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej yang disediakan itu.
Tempoh mendaftar untuk pakej ini adalah selama 6 bulan, mulai 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022.
Untuk maklumat lanjut dan terperinci berkenaan kedua-dua pakej ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.
Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.
Sumber:berikerja
Leave a Reply