
Sistem e-Payroll Kewangan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) Telah Diiktiraf Antarabangsa
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi pada Sidang Kemuncak Pencen Dunia 2021 (WorldPensionSummit) Pensions & Investment bagi sistem e-Payroll KWSP.Anugerah itu disampaikan ketika persidangan di The Hague, Belanda, pada 12 hingga 14 Oktober lalu bagi mengiktiraf inovasi dalam komunikasi, reka bentuk pelan, teknologi dan pelaburan.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, sistem e-Payroll KWSP dibangunkan khas untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menggunakan i-Akaun (Majikan) tetapi tidak mempunyai sistem penggajian atau kemampuan kewangan untuk menggunakannya.
“Kami amat berbesar hati menerima anugerah antarabangsa ini kerana ia mengiktiraf dan mengesahkan inisiatif e-Payroll KWSP dalam menyediakan penyelesaian digital untuk menaik taraf perkhidmatan yang boleh memanfaatkan ahli dan majikan.
“Sebagai sebuah institusi keselamatan sosial, amat penting untuk KWSP memainkan peranan dalam membantu mengurangkan caba.ran yang dihadapi oleh PKS serta menambah baik jaringan persaraan di Malaysia semasa pand3mik COV1D-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dilancarkan pada Jun 2 lalu, e-Payroll KWSP membantu majikan menyimpan rekod pekerja mereka secara digital, seterusnya dapat meningkatkan kecekapan proses dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk menguruskan aktiviti berkaitan kewajipan berkanun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pengiktirafan diterima daripada WorldPensionSummit menjadi dorongan kepada KWSP untuk terus berinovasi dan memberikan perkhidmatan tertinggi di samping memenuhi jangkaan ahli dan majikan.
Jelasnya, ia adalah anugerah kedua diterima daripada WorldPensionSummit selepas merangkul anugerah Komunikasi Inovasi 2016 bagi Khidmat Nasihat Persaraan (RAS),
“Pand3mik ini mempercepatkan penggunaan teknologi digital dan kerana KWSP menguruskan pangkalan data ahli serta majikan yang sangat besar setiap hari, adalah sangat penting untuk kami meningkatkan inisiatif produk dan perkhidmatan digital untuk kecekapan operasi serta kos,” katanya.
Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.
Sumber:bharian
Leave a Reply