Semakan & Jumlah Yang Bakal Diterima, BKC Fasa 2 Hanya Satu Kategori Penerima

Semakan & Jumlah Yang Bakal Diterima, BKC Fasa 2 Hanya Satu Kategori Penerima

Di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beb4n mereka yang terj3jas.Antaranya termasuklah Bantuan Khas C-19 (BKC) yang merupakan bantuan kewangan khusus kepada golongan Misk1n Teg4r, B40 dan M40.

BKC ini akan berjalan sebanyak tiga fasa dan Fasa 1 telah pun selesai pada akhir September lalu. Berkenaan Fasa 2 pula, ia tidak melibatkan semua kategori. Berikut adalah penjelasannya: –

Kategori Fasa 2 & kadar bayaran

BKC Fasa 2 akan hanya akan melibat satu kategori sahaja iaitu kategori Miskin Tegar, dengan bayaran sebanyak:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

Apa yang pasti, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia dilaksanakan secara automatik kepada yang layak berdasarkan semakan data – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & eKasih, Permohonan BPR 2021 dan Percukaian (LHDNM).

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari LHDNM – pembayaran BKC Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan November 2021. Akan tetapi, tarikh sebenar mula pembayaran masih belum dimaklumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kaedah pembayaran BKC Fasa 2 juga adalah sama seperti sebelumnya iaitu melalui:

  1. Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  2. M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Semakan BKC

Untuk maklumat lebih lanjut tentang jumlah bayaran BKC yang diterima, anda boleh membuat semakan status di laman rasmi BKC – DI SINI.

Penerima hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan, mengesahkan Kata Kunci dan mengisi kata laluan di ruang yang disediakan.

Maklumat terperinci berkenaan BKC juga boleh dirujuk – DI SINI.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:berikerja

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*