Pembelian Rumah Secara Online 2021, Syarat Dan Cara Pengeluaran Duit KWSP

Pembelian Rumah Secara Online 2021, Syarat Dan Cara Pengeluaran Duit KWSP

Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Sekarang lepas PKP ramai yang ingin membeli rumah tapi nak bayar bayaran pendahuluan pun mungkin ada yang tidak mampu terutama yang masih baru bekerja.Untuk Makluman, ramai yang masih tidak tahu bahawa kita boleh buat pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian rumah tanpa menunggu usia 50 sehingga 55 tahun.

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia; atau warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau

Bukan Warganegara Malaysia yang:

  1. Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
  2. Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  3. Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.
  4. Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
  5. Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.

Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.

Anda sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan caruman sudah dijual / dilupuskan

Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sediakan dokumen secara softcopy/hardcopy.

  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
  • Salinan original SPA.
  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.

Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan, korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)

Permohonan pengeluaran secara online atau bersemuka

Lebih mudah jika anda membuat permohonan secara online menerusi apps I-Akaun.

Bagi permohonan secara bersemuka ni, sila dapatkan kepastian dengan pihak KWSP jika perlu appointment dahulu atau boleh walk-in sebelum permohonan pengeluaran KWSP ini.

Berapa lama proses pengeluaran KWSP ni?

Proses akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut, dila layari laman web rasmi KWSP.

Penafian – Semua artikel kami share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang related dengan “Syarat & Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah Online 2021” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:portalmalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*