
BKSS 8.0 : Senarai Bantuan & Insentif Khas Sarawakku Sayang 2022 Kelak Nanti
Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beb4n rakyat yang terj3jas aki.bat pand3mik Cov1d-19, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022.Berikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 kelak.
Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0
1. Bantuan Kewangan 6 Bulan
Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.
2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air
BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.
Bagi diskaun bil air, beliau berkata, sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.
3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai
Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
Selain itu, kata Ketua Menteri, kerajaan juga memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.
4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen
Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.
5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000
Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.
Dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BKSS 7.0 yang sedang ditawarkan baru-baru ini, sila rujuk : BKSS 7.0: Permohonan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga
Lain-lain Bantuan
Selain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:
- Housing Deposit Assistance Scheme . Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.
- Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
- Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/
ATAU
Rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan ini https://srms.sarawak.gov.my/
Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.
Sumber:utusanborneo
Leave a Reply