Sudah dekat capai 90 peratus, Tinggal 0.3% belum lengkap vaksin, Kebenaran kelonggaran rentas negeri dijangka diumum hari ni

Sudah dekat capai 90 peratus, Tinggal 0.3% belum lengkap vaksin, Kebenaran kelonggaran rentas negeri dijangka diumum hari ni

Sasaran untuk capai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksinasi semakin hampir.Berbaki hanya 0.3 peratus lagi selepas 89.7 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COV1D-19 setakat semalam.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kelonggaran rentas negeri hari ini.

Berdasarkan portal COV1DNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, seramai 21.003 juta individu lengkap divaksinasi sementara 22.17 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21.10 juta individu atau 64.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COV1D-19.Manakala, 74.8 peratus atau 24.42 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 204,536 atau 6.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 141,897 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COV1D-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45.52 juta dos.PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pand3mik COV1D-19 di seluruh negara.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*