Semak Senarai Bantuan Bawah Pelan Rancangan Malaysia Ke -12[RMK-12], B40 dan M40

Semak Senarai Bantuan Bawah Pelan Rancangan Malaysia Ke -12[RMK-12], B40 dan M40

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tempoh 2021 hingga 2025 ini menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Dalam masa sama, RMK-12 juga tidak ketinggalan dalam menetapkan usaha membantu rakyat dari pelbagai segi kehidupan. Berikut adalah senarai bantuan di bawah RMK-12:

1. Menyediakan rumah kediaman mencukupi

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, pihak kerajaan akan memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik diberikan kepada rakyat Malaysia.

Melalui RMK-12, sebanyak 500 ribu unit rumah mampu milik akan dibina bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah. Ia termasuk menambah baik lagi kemudahan pembiayaan, seperti Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO).

2. Menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah B40

Kerajaan komited untuk meneruskan bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial kepada mereka yang layak. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar, dengan kos sebanyak 1.5 bilion ringgit akan diperkukuh bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga B40.

3. Peningkatan pendidikan B40

Selain itu, kerajaan juga akan memastikan lebih ramai murid daripada keluarga B40 diberikan keutamaan untuk memasuki sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa. Manakala, dalam aspek kesihatan – akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas. Ia termasuklah usaha menangani isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 yang semakin meningkat.

4. Memperbanyakkan sistem sokongan Warga Emas

Bagi memastikan keperluan warga emas terpelihara, kerajaan akan memperbanyakkan sistem sokongan kepada warga emas, seperti mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas di masa akan datang. Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya diperluaskan.

5. Latihan kemaharian untuk M40

Untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan dari kalangan M40. Program-program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan dipertingkatkan.

Golongan ini juga akan digalakkan untuk melanggan insurans kesihatan dan pekerjaan pada kadar yang mampu dibayar. Kerajaan turut akan memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada k0s yang berpatutan.

Bagi senarai penuh bantuan, inisiatif dan usaha kerajaan di bawah RMK-12, ia boleh dirujuk secara lengkap – DI SINI.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:berikerja

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*