
Abu Bakar setia bersama al-Quran lebih 50 tahun, Beliau telah khatam al-Quran 130 kali
“Setiap hari, ayah meluangkan masa 30 minit hingga satu jam untuk mengaji al-Quran. Ia rutinnya selepas solat fardu.”Ketekunan ayah dengan amalan ini membolehkannya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh empat atau lima bulan,” kata Roslina Abu Bakar, 51.
Roslina, anak bongsu Abu Bakar Ismail, 96, warga emas yang khatam al-Quran 130 kali sehingga kini.Menariknya mengenai Abu Bakar ialah dia setia membaca al-Quran berusia lebih 50 tahun milik arwah isterinya, Hamidah Ali.Kata Roslina, walaupun al-Quran itu lusuh dan ada bahagian tertanggal, bapanya cukup sayangkan kitab suci itu.
“Sudah beberapa kali kami mahu gantikan al-Quran baharu namun ayah menolak.”Selain al-Quran, ayah juga suka memakai songkok lama yang berusia lebih 30 tahun.”Warna songkok itu pudar, berubah bentuk dan lembik. Namun bagi ayah, songkok itu masih boleh digunakan,” katanya.
Roslina berkata, bapanya pernah memiliki sejadah lama, tetapi dia menukar kepada baharu kerana keadaannya terlalu lusuh.
“Sekarang ayah guna sejadah berusia 10 tahun. Saya dan suami hormat pendirian ayah yang sangat menghargai dan menyayangi barangan untuk beribadat.”Saya berdoa ia (al-Quran, sejadah dan songkok) menjadi saksinya di Padang Mah’syar dan membantu memudahkan urusannya di akhirat,” katanya.
Kata Roslina, selepas solat Maghrib, selain mengaji al-Quran, bapanya turut membaca Yasin dan berzikir sementara menunggu Isyak.
Suri rumah itu berkata, sebelum ini bapanya rajin melaksanakan puasa sunat.
“Namun, dua tahun kebelakangan ini, ayah tidak dapat melakukannya atas fakt0r kes1hatan.”Pada waktu terluang, ayah membaca surat khabar. Setiap hari, saya membelikannya akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu.”Ayah mengulang membaca surat khabar ini hingga ke petang,” katanya.
Roslina yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan berharap dia dapat terus menjaga kebajikan bapanya.
Contohi Abu Bakar untuk jadi jutawan pahala
Individu yang berhasrat menjadi jutawan pahala perlu membaca al-Quran dan menjadikannya rutin.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana setiap satu huruf dalam kitab suci ini memberikan ganjaran 10 pahala.
“Satu al-Quran ada 30 juzuk yang mengandungi 6,666 ayat. Kita boleh bayangkan banyaknya pahala yang boleh diperoleh apabila dapat mengkhatamkan kalam suci ini.”Membaca al-Quran perlu diprogramkan oleh setiap individu tidak kira orang muda atau warga emas, sama seperti aktiviti lain.”Perlu ada sasaran dalam setahun, mahu berapa kali khatam al-Quran,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya individu itu berasa tidak senang hati jika tidak dapat melakukan aktiviti rutin digemarinya maka perasaan sama perlu ada jika tidak menatap dan membaca al-Quran.
“Apabila membaca al-Quran, kita melaksanakan sebahagian ajaran Islam.”Selain membaca al-Quran, perkara penting yang perlu diberi tumpuan ialah menghayati isi kandungannya,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut mengucapkan tahniah kepada Abu Bakar Ismail, 96, kerana sudah 130 kali khatam al-Quran dan memanfaatkan usianya untuk mengumpul pahala sebagai bekalan akhirat.
“Kita perlu jadikan Abu Bakar sebagai contoh,” katanya.
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Leave a Reply