Pembayaran BKC Fasa 2 Akan Dibuat Pada Bulan Hadapan, Semak Jumlah Pembayaran Dan Kategori Yang Terlibat

Pembayaran BKC Fasa 2 Akan Dibuat Pada Bulan Hadapan, Semak Jumlah Pembayaran Dan Kategori Yang Terlibat

Pada bulan September lalu, pembayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan jumlah sehingga RM500 mengikut ketegori masing-masing.BKC pada asasnya adalah sebuah program bantuan kewangan di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diberikan kepada golongan Misk1n Tegar, B40 dan M40.

Bagaimanapun, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada yang layak berdasarkan semakan data sedia ada melalui:

  • Data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & eKasih
  • Permohonan BPR 2021
  • Percukaian (LHDNM)

Jumlah Bayaran BKC Fasa 2

Berdasarkan maklumat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) – pembayaran BKC Fasa 2 akan melibatkan kategori Misk1n Tegar.

Berikut adalah jumlah bayarannnya:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas seba.tang ka.ra (WE): RM300
  • Bujang: RM300

Manakala untuk golongan B40, pembayaran BKC seterusnya adalah pada Fasa 3 iaitu pada bulan Disember 2021.

Semakan BKC

Pembayaran BKC akan dilaksanakan dengan beberapa cara iaitu:

  • Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
  • M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

Kepada yang ingin membuat mengetahui jumlah pembayaran BKC yang telah diluluskan, semakan boleh dibuat di laman rasmi BKC – DI SINI.

Anda hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan, mengesahkan Kata Kunci dan menyatakan kata laluan di ruang yang disediakan.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan BKC juga boleh dirujuk – DI SINI.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:berikerja

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*