Sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra KWSP telah diluluskan, Pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion

Sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra KWSP telah diluluskan, Pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan dengan amaun pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM4.71 bilion telah dikreditkan kepada ahli setakat ini. Malah, baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan.

“Bagi pengeluaran i-Citra, bayaran akan dibuat sehingga tarikhk akhir iaitu pada bulan Februari 2022,” katanya.

Beliau menega.skan perkara berkenaan selepas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim(BN-Baling) bertanyakan status terkini program i-Citra KWSP yang dilaksanakan sejak Julai 2021.

Untuk makluman, i-Citra membolehkan ahli yang berumur di bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000 tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 dengan syarat baki minimum adalah RM100.

Dan, jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara berkala sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000.00 sebulan.

Untuk rekod, bayaran i-Citra akan mula dibuat bermula  1 Ogos 2021.

Dapatkan informasi menarik terkini di nzdigital, Terima Kasih.

Sumber:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*